background

Tuesday, July 24, 2012

MULUT TU KALAU MACAM LONGKANG, MEMANG MACAM LONGKANG LAH SAMPAI BILA-BILA NYE PUN!!!!!! DENGAN ORANG LAIN BOLEH LAH AWAK MULUT MANIS..! SAYA DIAM, SAYA DAH TAK KATA APA-APA LAGI, AWAK TAK HABIS-HABIS MENYALAK LAGI KENAPA NYE PUN...????????????????? 
ADUIHAI... BULAN PUASA NI AWAK.. 
NAK MENGUMPAT, MENGATA SAYA BELAKANG-BELAKANG SAYA TAK HABIS-HABIS, MACAM SAYA TAK TAHUUUUUU JE IA NYE PUN KAN...???????? 
APA TAK BOLEH LAH IA NI PUN......!!!!!!




P/S : TAK PENAT KE AWAK ASIK NAK CERITA PASAL ORANG...??????

Thursday, July 12, 2012

SMTCC 5

Last week aku dgn my hubby pergi ke SMTCC kali ke-5.. wah ape itu..?


ini aku & B pergi untuk kali ke-4.. yang first dulu xpergi sebab time tu belum lagi berjinak2 dengan dunia Muay Thai ni...fuhhhh memang syok layan orang ber Muay Thai ni.. kadang2 rase kaki ni terangkat-terangkat skali!! xpun kadang2 rase nak masuk dalam Ring tu join belasah orang...hahaha... tapi kurang sopan sikit lah rasenye kalau aku yang nak naik ring kan.. tapi hati ni memang teringin benar nak rase Membelas & dibelasah orang.. sungguh! tak tipu! and the fact is, ade je perempuan yang join Muay Thai ni... even yang bertudung pun, okey! cume kat selangor ni belum ramai lagi je perempuan yang join..Ni salah seorang boxer perempuan yang aku kenal, eh takde lah kenal sangat, tapi tahu lah sikit2 tentang dia... orang gelar dia Royal Beauty Boxer.. 


haa nampak itu..? syokkkk kan kalau aku yang dapat masuk ring..? fiuuuu~ tapi yang aku paling suke lah kan ade budak2 kecik..iyeeee... budak2 kecik comel2 belake tahu..? tapi kau tengok dorang lawan, aku rase kau pun lunyai dikerjakan nye..kecik jangan disangka kecik, ini kecik2 cili api tau..


tengok kecik, halus, comel je.. tapi selut betul dorang sebab berani bertanding okey..?

ini adik & abang.. tengok abang nye kecik, halus, tapi champ 4 kali,okey..? die diberi penghormatan untuk  bukak Mongkon adik nye (bende yang pakai kat kepala tu)  


haa yang si comel seluar hitam tu si Raqib.. buat hal betul..sebelum lawan die makan, nahhh kau atas gelanggang ape lagi, keluar isi perut lah lepas kene tumbuk kan..? hahaha



dan yang sebelah kiri ni, merupakan salah seorang fighter terbaik dalam Persatuan Muay Thai ni... dia diterbangkan ke Thailand untuk training selama 2 minggu.. haaa banyak lah ilmu didada nye.. ramai lagi fighter2 yang ade... haa yang kat bawah ni sebahagian lah yang ade...







Cik Ketot, cikgu + wifey & lilltle cute baby..


aku pun training jugak kat rumah, tapi bukan lah untuk pertandingan, tapi untuk self-defense kot.. tapi kalau ade siape2 yang nak merase sup kaki & tangan, meh ler serah diri pada aku, meh aku kaki kan..hahaha

lepas ni dah masuk bulan Ramadha after that Raya & after Raya sahaja baru ade lagi SMTCC nie.. kalau tak salah dalam bulan september.. insyaallah tak lepas peluang nak pergi punye....dan aku tak sabar sebenarnya nak tunggu Encik Hubby naik gelanggang, adakah dia menawan atau tertawan..? hehehe.... 

Monday, July 9, 2012

Litar Batu 3

Pernah korang dengar Litar Batu 3, Shah Alam ni..? pernah..? kalau korang yang muda2 ni mesti xpernah dengar kan..? eh, aku pun bukan tua mana, tapi aku tahu tentang tempat ni.. sebab nye dulu family aku lah orang pertama yang meniaga kat kantin sana... waktu tu umur aku dalam 5 tahun kot.. ok, aku pun xdapat bayangkan sangat tempat nye, sebab dah lama sangat dah tinggalkan.. meh share sikit pasal Litar Batu Tiga ni.. article ni pun aku jumpe, so aku just copy paste je..

"Litar Batu Tiga Shah Alam, juga dikenali sebagai Litar Batu Tiga Jalan Kelang, Litar Batu Tiga ataupun Litar Shah Alam, merupakan bekas litar perlumbaan bermotor di Malaysia. Litar ini terletak di ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam, iaitu antara Stadium Shah Alam dengan Lebuhraya Persekutuan.
Ia mula dibuka pada tahun 1968 dengan Grand Prix pertama iaitu Siri Tasman yang dimenangi oleh pelumba Indonesia Hengkie Iriawan yang menaiki kereta Ford. Litar Batu Tiga Shah Alam kekal menjadi hos kejohanan Grand Prix Malaysia dari tahun 1968 sehingga 1982, manakala acara yang sering dilangsungkan di litar ini termasuklah Formula Atlantik, Formula Pasifik dan Formula 2. Perlumbaan Grand Prix Malaysia terakhir yang diadakan di Shah Alam adalah Formula Holden pada tahun 1995.
Litar ini pernah ditutup sementara pada tahun 1977 berikutan satu kemalangan yang meragut nyawa enam kanak-kanak, tetapi kemudian ia dibuka selepas penambahbaikan pada pagar dan rel pengadang.
Pada tahun 1985, litar ini diperbaharui dengan penambahan jarak litar daripada 3.38 km kepada 3.693 km manakala penambahan selekoh pada selekoh 11 turut diadakan. Pada tahun yang sama, perlumbaan antarabangsa pertama iaitu Kejohanan Kereta Sport Sedunia telah dimenangi oleh Jacky Ickx yang menaiki Porsche 962C.
Perlumbaan Superbike Sedunia telah diadakan pada tahun 1990 dan 1991 di litar ini. Pada tahun 1991 sehingga 1997 ia menjadi hos kejohanan Grand Prix motosikal Malaysia. Dengan kejuaraan empat kali berturut-turut di litar ini sehingga tahun 1997 Mick Doohan menjadi penunggang paling berjaya bagi kelas 500cc di Litar Batu Tiga. Kemudian acara Grand Prix motosikal Malaysia berpindah ke Litar Pasir Gudang dan kemudiannya ke Litar Antarabangsa Sepang.
Litar tersebut telah ditutup berikutan pembukaan Litar Antarabangsa Sepang. Pada tahun 2003 kerajaan negeri Selangor pimpinan Khir Toyo telah menjual tapak Litar Batu Tiga kepada pemaju perumahan; seterusnya, litar tersebut dirobohkan dan dibangunkan semula dengan projek perumahan D'Kayangan."

yup! tempat tu telah pun dirobohkan, sekarang menjadi kawasan perumahan.. tapi aku yang paling ingat, Litar ni terletak berhadapan dengan Pasar karat @ bootsale yang kat Shah Alam tu..jalan nak masuk tu sebelah dengan yang dulunye Carrefour sekarang ni jadi Tesco atau Giant kalau tak salah.. tau..? tau..? tak tahu jugak, xtahu lah aku nak bagi tahu macam mane lagi...

banyak kenangan kat sana... masa ade Race Grand Prix je, nah kau orang punye lah ramai, 3 hari race, 3 hari lah kami xtidur.. memang seronok sangat2 meniaga waktu tu.. sebab sambutan yang tersangat2 lah meriah.. tak macam sekarang kat Litar Sepang, semua pun berbayar, lepas tu mahal2 pulak tu.. bagi kita2 yang tak mampu ni, alamat nye tengok kt TV saje lah...

Kat sana jugak tempat aku belajar main Go-kart.. time tu umur aku dah 6 tahun kot.. what? umur 6 tahun dah main Go-kart..? hahaha yup.. tapi aku perlukan 2 kusyen untuk menyampaikan kaki aku pada pedal minyak dan brek nye.. maklumlah aku kan "Bonzai" ;) huhuhu semua kenangan dan pengalaman belaka... kan best kalau sampai sekarang aku dapat main Go-kart.. lagi best kalau tercapai impian aku, nak menjadi Pelumba Wanita di Malaysia ni... tapi, itu semua hanya impian................. :)




p/s : impian aku sekarang dah lain dah..nak jadi yang halal untuk dia.. jadi teman nya sampai ke akhir hayat kelak mudah-mudahan, amin....♥

Tuesday, July 3, 2012

S to the N to the O to the W..

sayang mummy, please jangan peningkan kepale mummy, sayang... itu kau mintak...ini kau mintak.. please!! mummy kau ni dah pening naik pecah kepala nye dah nie nak dok memikir pasal kau saje, tahu..??? 

Cume ade berbaki beberapa hari saja, selepas itu, kau duduk diam2, jangan pergi mana2 ok...?sebab kau dah xboleh pergi mana2 lagi dah yea...! 






Ya Allah...... berilah aku kesabaran dan kekuatan menghadapi segala nya Ya Allah.......