background

Friday, May 25, 2012

some words...

Ketawa dan airmata
Itu sebenarnya cinta
Kalau kau sedih pasti ku rasa
Begitu sebaliknya

Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangiku
Baru kau takut kehilanganku
Begitu juga aku

Ku juga suka bila kau curiga
Itu mengajarku erti setia
Apa pun sikapmu aku terima
Asalkan ada kebaikan
Walaupun sering kau ku tinggalkan
Itu tiada bermakna
Kau ku abaikan

Memang sesekali sikapmu
Membuat aku jemu
Hingga kau takku pedulikan
Untuk menyedarkan

Belum pernah ada cinta
Di dalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia
Tanpa air mata...




sang by my 

Monday, May 7, 2012

CINTA
cinta itu kadang kala hadir tanpa di duga, betol..?
dan terkadang cinta tu pergi tanpa rela, kan..?
cinta itu sangat membahagiakan dikala sedang ada..
namun cinta tu sangat menyakitkan bila kehilangan..
bahkan setiap manusia pernah merasakan cinta..
mencintai & dicintai..
meninggalkan & ditinggalkan..
bila kita berjumpa dengan seorang insan yang menarik,
cukup menarik perhatian kita, kita akan jatuh cinta..
dan kita akan berikan cinta dengan sepenuh hati, betol..?
dan disaat sedang indah dilamun cinta, berjanji sumpah setia,
jujur, sehidup semati, suka duka bersama, sampai hidup pun bersama..
dan kala saat bahagia itu, kita pasti akan ucapkan
"dialah yang terbaik untukku, dialah segalanya untukku.."

tapi entah dimana silapnya, bila terjadi nya perpisahan,
CINTA itu hilang entah kemana..
hanya yang tinggal... marah, benci, dendam..
marah kerna tidak bersama lagi..
benci taktala melihat dia dimiliki insan lain..
dendam atas perpisahan yang terjadi..
dan kerana perasaan ini semua hadir dalam hati,
ianya hanya "membunuh" diri kita..perasaan kita..
kita jadi manusia yang hilang pertimbangan..
kita sanggup buat apa sahaja.. kadang-kadang perkara yang bodoh!
dan terkadang kita terlupa akan takdir tuhan.
takdir tuhan, dia bukan lah dicipta kan untuk kita..
kerna setiap yang dilahirkan didunia ini telah tertulis jodoh & ajal maut..
hanya kita tidak dapat melihat, takdir yang telah tertulis..
dan tuhan sering kali menguji hamba-Nya..

Allah pasti akan beri pilihan yang salah, kehilangan, kesakitan, kesulitan, kesengsaraan..
sebelum kita dipertemukan dengan jodoh kita, yang tetulis untuk kita, yang tercipta untuk kita,
yang pastinya membawa kebahgiaan, kesempurnaan, dan kesyukuran..
waktu itu, kita hanya menelan balik kata-kata yang pernah kita lafaskan dulu,
bahwa "aku sudah tak ada hati.. Tak ada cinta lagi" (tak ade hati, lama dah mati)
kerna kita akan sedari bahawa
sekali lagi pintu hati kita diketuk & membenarkan seorang lagi insan untuk menghuninya..

disaat kita bertemu dengan jodoh kita, kita pasti akan lebih menghargainya.
lebih menyayangi nya.. lebih memerlukan nya..
walhal kita menjadi sangat "over-protective" & "cemburu buta"..
lagi-lagi tentang si-BEKAS KEKASIH yang masih berhubung, masih mengenang & terkenang kisah cinta lalu, pastinya berlaku "perang dingin"..
dan jangan disalahkan atas perkara-perkara yang berlaku,
kerna itu adalah tanda bahwa cinta itu sangat mendalam..
dan dia tidak mahu lagi berlaku perpisahan..



dan seperkara, walaupun dia TIDAK sehebat, sebaik, secantik, sehensem, sebagus, sesempurna,


membahagiakan seperti yang lalu, tapi ingat setiap manusia ada kelebihan & kekurangan..
jangan sesekali perlihatkan & membanding KEKURANGAN antara mereka, tetapi
carilah dan HARGAI lah kelebihan apa yang dimiliki nya..
pandanglah pada cermin, adakah diri kita cukup sempurna..?
tiada manusia yang sempurna, bahkan Hawa diciptakan untuk menyempurnakan Adam.
inikan pula kita insan biasa..
dan percaya lah pada takdir Allah, qada & qadar, kerna setiap yang tertulis pasti yang terbaik untuk kita..



p/s : Ya Allah, Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku, maka
satukan lah hatinya dengan hatiku.. Titipkan lah kebahgiaan antara kami, agar kemesraan ini abadi..