background

Monday, November 14, 2011

it's 14th again!!

Hari ini hari isnin.... Permulaan minggu baru lagi... Selalunya segal-galanya lah nak dikejar hari ni... D/O, surat, Paper, Request,semuanye lah...telefon jangan cakap, tak behenti-henti bedering, naik rimas telinga aku mendengarnya kan... Al-maklum hari ahad cuti kan...

Tapi...... Hari ni kan.. hidup aku aman je... takde pun nak terkejar-kejar.... rileks je dari pagi... telefon pun tak berape nak bedering sangat kot... apehal hah..?? aku pun jadi agak pelik... Namun aku sebenarnya agak gembira... sebab goyang kaki je... lalalalala~ oowwhhh maybe sebab hari sabtu tu, aku dah berkerja bagai nak gile! dengan tak makan, sumpah lapar sangat.. tapi dek kerana tugasan yang banyak (acewah ayat sweet jer..) tak selera, lupe aku perut yang lapar tu... 

balik pun agak lewat.. sampai rumah, buat ape-ape yang patut, mandi semua siap-siap terus menujui umah B aku... tolong dia buat kerja sikit, dah siap semua, dia pun terus siap-siap... nak menujui satu tempat... dan masa itulah berlaku nye sedikit konflik yang berterusan dan menyebabkan hilangnya seri hujung minggu aku.... Majal betol... memang majal lah kalau bab tu!!! Fade-up aku!! fuhhhhh.... punye lah majal nye, sampai aku tak makan satu hari tu... haaa boleh kau bayang kan?? Hanur, tak makan satu hari...!! tak pernah dibuatnye!! haaa bayanglah kan betapa tak sweet nye hujung minggu aku..... fiuuuuu~ ;-(

hmmmmm takpe lah, hadap je lah kan...? nak buat macam mane kalau nak jadi macam tu kan...? ok, aku dah takde idea nak cakap ape lagi dah sekarang.... aku nak sambung kerja...

opppssss lupe...

last but not least, nak cakap something lah..................



Happy our 11th month Anniversary sayang....
Thanks cause always there for me....you are part of my life....
My heartbeat Muhamad Ibnu Elham



Friday, November 11, 2011

ini ke nama nya cinta terakhir? *SAMBUNGAN*



Setelah Tasha tekad ingin meneruskan kehidupannya yang penuh kekecewaan, maka dia melangkah pergi dengan berat hati.. itu tekadnya! namun Tasha tidak terus melangkah, dia masih lagi menoleh akan masa lalunya bersama Rizal. Oleh yang demikian, Aminah yang sedang berbahagia bersama Rizal sangat sangat sangat lah terluka oleh dengan segala kenangan yang dikenang oleh Tasha. Hal ini adalah kerana Tasha sering kali mengungkit dan menceritakan kenangan-kenangan lalu bersama Rizal di satu sudut ruangan yang boleh dibaca setiap insan yang punyai mata. Apakah yang di ingini lagi oleh Tasha? mengapakah dia berbuat demikian? haruskah dikenang kenang lagi? tidakkah terfikir tentang perasaan Aminah? Ya, itu memang hak Tasha untuk berkata-kata, tapi BERHAK kah dia berkata-kata hingga menyakiti hati insan lain? Sehingga menggugat KEBAHAGIAAN insan lain? Entahlah... tidak ada jawapnya lagi...


Rizal, ingin berubah. setelah dia sedar akan kesilapan masa lalunya, melukai, meninggalkan serta mempermainkan insan-insan yang lemah, dia bertekad untuk tidak mengulangi sejarah lalu. Dia bertekad untuk setia, mencintai dan menemani Aminah. Dia tidak mahu lagi kehilangan cinta  seperti yang pernah dilalui nya dulu. Dia kini bukan seorang lelaki yang punyai ramai teman wanita disekeliling, seperti ape yang dilakukan sewaktu bersama dengan Tasha dahulu. Dia sering meluangkan waktu bersama Aminah, tidak lekang dari sisi, suka duka sentiasa bersama. Walaupun sering dilanda dugaan, tetapi mereka tetap BERBAHAGIA.


Aminah, seorang yang sangat panas baran, keras kepala, akan tetapi dia bertekad membuang segala perangai buruk yang dia rasakan hanya mendatangkan keburukkan dari kebaikkan. Setelah bertemu dengan Rizal, insan yang dia rasakan berjaya melenturnya serta memimpin nya ke arah yang lebih baik dari kehidupan sebelumnya.. Kehidupan masa lalunya yang banyak kesilapan, penuh suka duka perit kahidupan yang dilaluinya. Dia sedar akan KARMA, kesilapan masa lalu dibalas kini. Aminah dihukum, dihina, dicaci, dipandang kotor oleh insan yang tidak mengetahui.Mereka menyatakan "mengapa perempuan macam ini yang Rizal pilih?" Sebegitu sekali hinanya Aminah pada pandangan mata mereka? Apakah sangat hina Aminah? Mulia sangat kah MEREKA-MEREKA yang berkata demikian..? Mereka Hanya melihat luaran, gambaran dari CERITA-CERITA yang dibawa dari mulut insan-insan sekeliling, walhal tidak lah sebegitu rupa, kerana sesungguhnya mereka tidak mengenali! (bersabarlah wahai Aminah, kita tak mampu menutup mulut orang kan, lebihan lagi yang memang suke cerite LEBAT)


Aminah sangat pasrah, Redha, dan terima segala tohmahan dan cacian dari mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui betapa kecewa dan sakit yang ditanggung Aminah.Ada kala, dia merasa sangat kecewa, tidak tertanggung segala perasaan. Aminah sangat berharap Tasha tidak lagi terus-terusan berbuat demikian, terus-terusan MENYAKITI Aminah... Buangkan segalanya, agar TIDAK MENGERUHKAN hubungan mereka.Dimana tekad mu untuk MEMBUANG segala perasaan sayang terhadap lelaki yang pernah dicintai dulu itu?? atau hanya pandai berkata-kata? Tasha, sesungguhnya Jalan terbaik adalah kita mendoakan kebahagiaan insan yang kita cintai, kerana kita akan bahagia melihat dia berbahagia bersama cintanya.. Jadi mengapa ingin menghancurkan segala..?? Bahagiakah kau Tasha melihat mereka berantakkan kerana KAU? Atau adakah memang itu yang kau mahukan? Sekali lagi, tiada jawapan lagi.......


Namun Aminah tidak putus harapan diatas apa yang telah berlaku, di sangat tekad dan sangat Tabah menempuh segala, selagi Rizal ada disamping dan setia disisinya. Aminah meniti hari-hari nya kini bersama Rizal ingin menuju ke Gerbang kebahagiaan mereka, sambil mengukuhkah tiang imannya, mencari keredhaan ilahi..


Persis Seperti  sebaris ayat yang dinyakan oleh seorang insan yang pandai berkata-kata, "TUHAN TURUNKAN HUJAN DITENGAH HARI. SEBAB DIA NAK HADIAHKAN KITA PELANGI NAN INDAH"  Sesungguhnya Aminah sangat bersyukur kehadrat Allah S.A.W atas kurniaan nya, dikurniakan seorang lelaki pelengkap hidupnya, imam kepadanya, pemimpin kepadanya. Setelah hujan ribut badai yang telah dilalui, mungkin inilah PELANGI nya...
Semoga Rizal dan Aminah berbahagia dan berkekalan hingga keakhir hayat mereka.... 

amin.....



kepada Aminah, tabah yea hadap segala dugaan hidup kau..?? Kau ingat kan pesan Rizal kepada kau, 

"KETEPIKAN SEGALA YANG DATANG MENGGANGGU, YANG PENTING KITA.." 

Aminah, sesungguhnya kisah kau, cinta kau, hanya Kau dan Rizal saje watak utama..Kau kene pandai mainkan peranan, supaye kau tak ditenggelami Pelakon-pelakon sampingan yang tak diundang tu,tahu?? mereka kau buat tak tahu, pergi mati saje sama mereka, ok SAYANG?? aku tahu kau sangat kuat dan tabah.... ok..??



p/s : Fuhhh panjang jugak cerita kau ni yea, penat aku nak taip...

Saturday, November 5, 2011

Aku seorang insan biasa..... kesilapan sering kali aku lakukan.... kesilapan yang sering menyakitkan hati......
tapi.... salahkah aku menyatakan perasaan aku........?????? berdosakah aku bertanyakan itu......????? jika aku bersalah atas apa yang aku lakukan malam itu, maafkan aku........ tapi perjelaskan pada aku, bersalahkah aku hanya ingin mempertahankan milik aku....????? kenapa persoalkan hak.....??? tidak BERHAK ke aku.......?????? dimana tempat aku.....???? dimana HAK aku.....??????? entah lah........ aku kecewa tiada jawapan untukku............................... 


satu aku ingin nyatakan......aku lakukan semua demi cinta...........





Sunday, October 30, 2011

Penghujung cinta ku.....

Berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

seumur hidupmu......

-Surat Untuk Abang Dan Adik-



Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku

Saturday, October 22, 2011

Terima kasih...

Banyak benar yang aku lalui, banyak benar dugaan yang aku tempuh...kadang kala ianya membuatkan aku sangat terseksa, sangat sakit dan sangat kecewa. terlalu banyak sehinggakan tiada kata mampu ku luah...
tapi aku bersyukur ke hadrat mu Ya Allah, sesungguhnya segala dugaan dan ujian ini semata ingin menguji kesabaran.. dan aku yakin pasti ade hikmah sebalik segalanya... dan aku bersyukur pada-Mu sesungguhnya walau begitu banyak yang Engkau duga, namun kau tetap menyayangi hamba mu ini, kau berikan aku cahaya dalam kegelapan, kau berikan aku ruang bernafas taktala aku kesempitan, kau berikan aku semangat taktala aku rebah dalam kehidupan... dan.. Kau berikan aku teman sepanjang perjalanan aku ini...Terima Kasih Ya Allah.... dialah segalanya... menemani aku tiap saat dan ketika.... ketika aku menangis dan ketawa, ketika aku perlukan teman setiap masa, dialah yang setia... dengan ikhlas membimbing aku, dengan rela membantu aku, dengan sabar melayani aku, menggenggam erat tidak sekali melepaskan aku sendirian.... Ya Allah, semoga kau kekalkan aku dengan dia, sepanjang hayat ini, tidak hanya berduka, namun berbahagia juga kami tetap bersama, maka aku sangat bersyukur dengan kurniaan mu ini Ya Allah...

Amin....amin Ya rabbalalamin.....



Terima Kasih sayangku...... Percaya lah sesungguhnya aku ini hanya milikmu...tiada pengganti bagi dirimu...ku harap kau juga begitu.... Muhamad Ibnu Bin Elham....

Friday, September 30, 2011

Berakhir lah sudah....

Assalammualaikum...

wahhh berkurun dah tak jenguk diary aku nih... maklumlah aih bz sangat lah katekan...amende yang dibz kan sangat pun aku tak tahu lah kan...

Syawal tahun ni aku rasekan sangat meriah walaupun disambut dalam keadaan serba sederhana, maklumlah kan keadaan ekonomi yang tak  berape nak stabil berbanding tahun lepas, tapi asalkan aku happy je, cukup lah iye dak...?

waahhh agak banyak lah jugak rumah yang aku kunjungi... beraye dengan b ku, dengan kawan-kawan nye... tiap-tiap minggu ade saje rumah yang nak dikunjungi...aku..?? ikotkan saja... suke aku berjalan-jalan lagi makan free lagi....?? mau tak seronok kan.... dari rumah pengantin, kerumah terbuka, kerumah teman sahabat handai...semuanya menjadi kenangan dilebaran kali ini.... :)


doakan yang ini cepat-cepat sikit... ^_^ 












Wahhh pelamin indah...



Harini berakhir lah sudah syawal tahun bagi tahun nie... pejam celik pejam celik dah berlalu lah satu purnama lagi.... rase cepat sangat mase berlalu kan..? semoga syawal tahun hadapan dapatlah kiranya aku sambut dengan keluarga tersayang dan juga insan yang dicintai, tapi mungkin berlainan status pulak kan..?? insyaallah... amin...

dah takde ape lagi aku nak tulis dah kot, next time aku cerite lagi ye kalau ade ape-ape story morry yang menarik lagi..? daaaaa...

assalammualaikum....




Tuesday, September 6, 2011

Hari dijalani penuh kesabaran
menghadap sebulan penuh dugaan
kini berlalu sudah Ramadhan
Syawal dinanti tanda kemenangan

Dalam bergembira menyambut raya
tidak lupa pada yang tiada
keluarga sama menziarahi pusara
sedekahkan doa untuk mereka

walau syawal dirai sederhana
tapi kegembiraan terpancar dimuka
kemewahan tidak menjamin segala
kebahgiaan adalah keluarga & insan tercinta

pagi syawal indah berseri
kunjung mengunjung sanak saudara
pada si kecil duit raya diberi
salam bersalaman maaf dipinta

tetamu tak henti yang kunjung tiba
disambut dengan tangan terbuka
namun ada yang tidak dijangka
rombongan datang tanpa diduga



hajat dinyatakan oleh rombongan
ingin menyunting bunga mekar kembang
puteri ingin dijadikan sebagai teman
penyeri hidup buat putera nan seorang

perbincangan selesailah sudah
kedua pihak saling setujui
puteri bersyukur kehadrat allah
kerana hubungan telah direstui

dijari manis cincin disarung
sebagai tanda puteri telah dimiliki
pelbagai badai telah diharung
bersyukur dapat bersama insan yang dicintai...




  


                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                    HanzHamidun......

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raye.. ^_^

Pada hari ni, kita dah pun menjalani ibadat puasa selama 27 hari.. walaupun aku puasa tak sampai 27 hari kan, tapi aku tetap puase semampu yang mungkin..maklumlah, perempuan, pasti lah ade hari "cuti" nye kan..?? ngeee~ hari ni last aku kerja, pastu aku dah start cutiiiii! Huuuraaayyyyyyy!!!!!! lalalalala seminggu aku apply cuti... hambik kau...kaw-kaw punye cuti...biar puas-puas aku duduk rumah sampai aku dah rase betol-betol bosan, baru aku balik kerja... (^_^)


ok2... now nak cerite pasal raye... persiapan...?? ape pun belum lagi...!! kemas rumah, haishhh banyak tu nak kemas... naseb baik lah dah lap tingkap haritu...langsir dah turun, tinggal nak pasang je lagi.. lap-lap almari semua tu belum lagi tu..maklumlah mak meniage kan, takde lah mase nye nak kemas umah... haishhhh sempat ker aku nak buat semue tu.. Hubby, tolong bb please b kemas umah... aiyaaa tak larat nih nak buat sorang-sorang... mane kan lagi nak buat kuih raye...???? aduihai.... letih!!! lagi aku sendiri nak buat itu ini persiapan lagi kan..??persiapan ape tapi..?? oohhhh sshhhhh~ fiiiiuuuu 


dan...dan part yang paling best dan aku paling excited kan, baju raye taun ni awal dah siap! eh silap.. awal dah beli!! nggeeee~ suke2... SEPASANG dan SEDONDON lagi dengan Hubby aku... :) for the first time aku ade warna sedondon dengan cinta hati aku...sebelum nie?? tak pernah.... and now, Ibnu dah sedondon dengan Hanur kan, so yang lain-lain tu tak payah lah nak sebok-sebok lagi kan,kan..?? PASt is PASt KAN...?? so forget it!!! 


oowwhhh tak sempat nak cerite panjang lebar ni, dan nak balik dah, banyak kerja yang menunggu dirumah..mummy, wait for me haaa... i'm coming home lah ni...tapi, sebelum aku mengundurkan diri dan bersempena dengan bulan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, Sepuluh jari ku susun, memohon ampun dan maaf  atas 
segala salah silap, khilaf dan dosa,
terkasar bahase dalam gurau senda,
termaki hamun entah apa-apa,
terkutuk terlampau-lampau kata,
terumpat bila-bila,
terpinjam dan terosak harta benda,
termakan dan terminum apa-apa,
termarah tak tentu hala,
terpekik kat telinga,
tertinggi kan suara,
terpukul kat mana-mana,
lagi macam-macam yang ter lagi lah..

diharap semoga dimaafkan segala salah silap dan dosa, dan jalani Hari raya dengan penuh gembira disamping insan-insan yang disayangi dan tercinta.. 





   
BACA PANTUN NI DENGAN NADA DAN INTONASI YANG BETUL....

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau beghak meghate
Kaki bengkak ulau patok
Kalau balik naik kete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Asei teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Team Building

bila dah takde kerja, aku mula lah selak itu, selak ini, tengok itu, tengok ini kan... pastu terjumpe lah satu folder gambar... haa gambar ape... gambar dah lame jugak lah, tapi entah baru sekarang aku ade mase nak cerite kot... hummm Last july, company ade buat satu team building untuk part timer staff lah...buat kat Bukit Cherakah je, yang dekat dan tempat yang sesuai untuk buat aktiviti-aktiviti luar.. aku set-set kan segale game untuk dieorang.. untung lah aku buat macam-macam game, mengarut-ngarut je aku bagi... saje suke aku mendajal kan dieorang semue.. hahaha... macam-macam lah game yang aku buat.. tujuan nye adalah untuk mengeratkan silaturahim sesame diorang... kerja bawah satu bumbung, tapi ade jugak antara dieorang yang tak ngam kan.. so, that day aku rase dapat lah membaiki hubungan masing-masing, lagi-lagi yang tak ngam tu, aku set kan jadi satu team..setiap game aku set perlukan team work untuk buat, so biar kan dieorang bekerja sebagai satu pasukan, tolong menolong, dan komunikasi dengan lebih baik, itu yang penting... selain tu nak dieorang have fun jugak dengan persekitaran dan rakan-rakan sekerja dieorang kan.. dan alhamdulillah program tu berjalan dengan jaya nye seperti yang telah dirancang.. creadit to Hanur!! (waahhh puji diri sendiri kaw2 kan ko nur..heh!)

ade yang main dengan belon, ade yang main dengan lilin, ade yang kena cerite tentang kasut, main dengan kerusi, baldi lah bagai...fuhhh aku tengok dorang seronok, aku pun happy...mungkin tu jelah sekali aku dapat buat aktiviti macam ni untuk dieorang, lepas-lepas ni takde lagi dah kot.. (oopppssss, apehal takde lagi..??teetttt!)  ni lah antare gambar-gambar yang sempat snap...










dan aktiviti kemuncak, dan yang paling best... BERPERANG... wahhh kaw punye nak berperang... hahahah kiteorang main PAINTBALL...haaa ni macam-macam aksi ada....





Oooppssss cik ketot lah!


Baru lepas habis game ke-3.. masing2 dan penat gile..


memang mencabar gile.. sumpah bile dah start main tu, perasaan nye macam perang sungguh-sungguh.. neves pun ade, lagi perasaan takot pun ade, memang bukan gune peluru betol, tapi kalau kene tembak, consider sebagai "mati" jugak, berberape minit kemudian je baru boleh "on game" balik....
dan yang paling best kan, kene tembak kalu, memang sakit ok..?? berbirat-birat kot badan aku merah-merah bintik kene peluru die tu hah...aku ambik pakage yang 500 bullet tu, so lame sikit nak habis peluru die tu kan.. dapat jugak lah 5 game main... satu game 15-20 minit, dekat 2 jam setengah jugak lah kiteorang main..dengan dalam hutan tebal nye, 1st time lah aku meredah hutan bagai...time "on game" jangan cakap lah geli ke, kotor ke, itu jam lecak semue dah tak hairan dah, selamber aje redah...fuhhh penat nye jangan cakap...balik tuh, aku teros pengsan...siap demam lagi, sebab time kiteorang pergi tu, hari hujan...so aku kena hujan,balik teros demam lah...tapi memang syokkk giler... kalau ade rezki lebih, aku nak ajak hubby aku dengan geng-geng pergi main, memang berbaloi kot... (^_^)

berita

hari ni aku kekurangan kerja sikit...so aku ade lah mase yang terluang yang boleh aku manfaatkan untuk belek-belek dan selak-selak laman web yang aku tahu... aku rasa sejak kebelakangan ni, aku memang jarang betol selak menyelak.. heh! jangan fikir bukan-bukan pulak, selak surat khabar lah maksud aku... haishhhh korang... otak nak fikir lain je kan..! puase kan...! hehehehehe.. ok2.. now sambung balik cerita ape yang aku selak..tadi aku selak lah Harian Metro satu-satu tajuk aku baca (wahhh kau, online pun kau boleh selak yea..ngeee~) pastu mata aku tertumpu pada satu tajuk ni... menarik buat aku nak baca.. :-


PELAJAR DAKWA DINODAI TEMAN LELAKI.


cerite nye, die dakwa dinodai teman lelakinya yang hanya BERUSIA 16 TAHUN , selepas diberikan pil yang dipercayai pil khayal...die rase pening-pening dan kemudian tak sedarkan diri.... adui...adui... budak-budak lagi kot..?? tapi yang jadi permasalahan nye sekarang, yang budak perempuan tu pun kenapa lah bijak cerdik sangat, pergi lah turut segale teman lelaki nye cakap...mangkuk jugak budak ni...dah tau pil tu some kinda drug, lagi lah pergi telan... takkan lah teman lelaki awak tu tibe-tibe nak bagi ubat selesema kat awak kot kan..??dah tentu lah die bagi pil yang bukan-bukan...dah tu budak perempuan ni pun gatal jugak pergi bawak teman lelakinya balik rumah dah tau parents nye tak ade siape suruh, iye dak..?? kan dah jadi habuan...hhhmmmm.... ntah ler..ntah ler... nak cakap lebih pun tak boleh, benda dah jadi dah pun...lagi aku pun perempuan jugak kan, tapi syukur alhamdulillah tak pernah jadi benda-benda macam ni kat aku, haish!! simpang malaikat 44... gile advance betol budak sekarang ni, umur 16 pun dah reti nak bagi-bagi pil kat awek nye, dah tu berani-berani pulak rogol!!! haishhhh... ikot nafsu je budak ni, bile dah jadi hal macam ni, tak ke niaye..!! kene penjara, awak tu umur baru 16 tahun, sekolah tak habis lagi kan...masuk penjare entah berape tahun pulak lah kang, keluar penjara nak jadi ape..?? SPM pun tak dak.. pulak tu bekas banduan..gelap mase depan kau dek hoiii.... aduihai.... hmmmm ntah ler...ntah ler.... fikir-fikir kan lah yea... aku dah penat nak fikir dah ni... nak sambung selak jap...mane tau ade cerite lagi best!! TEMAN WANITA DIDAKWA NODAI TEMAN LELAKI pulak ker, kan..??? Lalalalala~

Wednesday, August 24, 2011

luahan jiwa..........

tiada kata yang dapat ku ungkap, selain kata syukur ke hadrat ilahi..kehidupan yang ku lalui hari ini, penuh dengan dugaan, ujian tak lupa juga dengan kebahgiaan.. bukan aku insan yang hanya mengenal erti kebahgiaan, bahkan aku juga insan yang pernah melalui erti derita.. lapanbelas purnama aku merintih, menangis kesepian, walaupun tiada air mata yang kelihatan, namun insan yang mengerti yang melihat kesedihan serta derita didada.... aku juga pernah kenal erti cinta, yang membawa kepada derita namun menguatkan aku, dengan azam dan semangat serta dorongan insan-insan sekeliling yang masih menyayangi aku, aku bangun, aku berjalan kehadapan...aku teruskan hidup walau taktala itu, hati ku kosong, tiada perasaan.. ya!! sebegitu sekali aku terluka sehingga kan aku membuang segala perasaan, tiada cinta tiada suka..aku hanyalah boneka bernyawa yang tidak punya suka dan cinta...bukan tiada yang datang cuba mengetuk pintu hati, tetapi tiada yang berjaya membuka nya...beberapa hubungan yang cuba dijalinkan terlerai ditengah jalan, segalanya angkara aku..aku yang tidak mahu menerima.. bukan kerna aku tak sudi, tetapi aku hanya terlalu terluka kerna kegagalan cinta lama, dan aku rasakan tidak mampu untuk mencintai lagi...jangan pernah katakan aku tak layak untuk dicintai kerna itu aku tidak punyai hubungan cinta.. tapi hakikatnya aku terlalu takut untuk kecewa....fahamilah kenapa....bukan lemparkan kata-kata bahawa aku tidak layak dicintai...aku cuma tidak mahu..terlalu sakit untuk meratapi pemergian insan yang dicintai lagi...

sehinggakan aku ketemui dia.... dia insan yang mengetuk pintu hati aku...pertemuan yang memang tidak diduga...malahan tidak dirancang... hubungan yang berjalan pada mulanya hanya begitu sahaja... namun semakin hari semakin memerlukan, semakin rindu, semakin menebal perasaan itu... dan setiap kali namanya disebut, deras berdegup jantung....pada pertemuan kali pertama, aku resah, tidak keruan untuk memandangnya... walau tika detik itu aku hadir hanya sebagai seorang kawan...tapi satu perasaan yang berbeza..tidak seperti aku memandang kawan yang lain...aku tertanya-tanya adakah ini.....arrrghhh tidak!! mahu aku hanya bertepuk sebelah tangan...sedangkan dia tidak punya apa-apa perasaan pun terhadap aku... namun aku tidak menduga, dia juga punya perasaan sama.... maka dengan perasaan itu, terjalinlah satu hubungan...setelah sekian lamanya pintu hati ku kunci, akhirnya aku akur, aku izinkan dia untuk menghuni tahta hati ini....

jangan pernah katakan aku meriak diri dengan ape yang aku perolehi hari ini, jangan pernah kata hanya kau yang tahu segala, hanya kau yang pernah lalui segala, tapi apa hakikat nya setiap insan punyai liku hidup sendiri...hanya masa dan situasi yang berbeza... sesungguhnya hanya tuhan yang mengerti bertapa aku bersyukur dengan kurniaan ini...dan aku hanya insan biasa, tak lepas dari silap dosa, dan aku hanya merancang, ketetapan telah dilakukan ilahi..khilafku masa lalu masih menghantui... aku terima segala balasan atas kejahilan masa lalu ku.... aku dihukum..... segalanya aku terima...ketentuan takdir... tidak semuanya berjalan lancar, dugaan ujian malahan lebih hebat dari sebelumnya aku terima... segalanya menguji... sehinggakan aku pernah bertanya "Ya Allah, adakah dia insan yang Kau ciptakan untukku..??" jika dia adalah untukku, tercipta untukku, maka peliharalah kami Ya Allah, berkati lah hubungan ini, permudahkan lah jalan kami untuk membina mahligai ini.... Semoga kami kuat untuk tempuhi segala, dengan hadirnya segala rintangan ini, maka kau teguhkanlah cinta kami...Semoga kami mampu mengemudi bersama bahtera suci ini...semoga hubungan yang terjalin dan cinta yang lahir atas pertemuan 2 hati berkekalan hingga ke akhir nanti..... 


Amin.... amin ya rabbal alamin.....

Friday, August 19, 2011

7 wanita bertanya dan 1 lelaki beriman menjawab..

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat ...sebelah pada kaum wanita.


Keluh...an remaja perempuan 1: 

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri 2:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan 3:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri 4:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri 5:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri 6:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan 7:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan 1:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”


Lelaki beriman menjawab keluhan isteri 2: 

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan 3:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri 4:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri 5:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan 6:

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri 7:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”



Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”


Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti... 







P/s : aku takkan pernah mengeluh lagi diciptakan sebagai seorang wanita... (^_^)

8th Anny....

Happy 8th Anniversary hubby...
I pray may our love last till the end of our life...


Untung aku, dapat 2 lagi.. thanks hubby..

Thanks for this very beautiful 8 month my love...



and i already found mine..



Tuesday, August 16, 2011

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..


Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..


Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..


Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dulu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.


Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.


Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.


Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..


Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.


Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..


Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??


Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!


Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!


Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..


Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..


Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.


Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!


Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!


Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..


Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??


Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!


So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..


Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!


Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??


Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.


Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!


Aku buntu..


Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..


Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.


Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..


Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..


Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!














1 Julai 2007,


Buat suami yang baru kupunya,



Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Ara memang cinta padamu,

Dan Ara menangis bila abang melamarku



Buat suamiku yang baru kupunya,



Luaranku mungkin nampak sempurna,

Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,

Kerna suaraku bukan kepunyaan kita



Buat suamiku yang baru kupunya,



Andai abang ingin melihat Ara ketawa,

Ara hanya mampu tersenyum pada abang,

Andai abang mahu Ara berjenaka,

Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,



Kerana Ara tak mampu berbica,

Seperti orang lain berbicara,

Kerana Ara tak mampu ketawa,

Seperti orang lain ketawa



Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,

Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,

Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,

Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..



Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.




*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..



Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?


4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?


Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.


Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.


Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.


“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”


Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..


Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..


Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..



P/s : walau apa yang kita miliki tidak sempurna, tapi hargai dan bersyukur lah dengan Kurniaan-Nya...