background

Monday, November 14, 2011

it's 14th again!!

Hari ini hari isnin.... Permulaan minggu baru lagi... Selalunya segal-galanya lah nak dikejar hari ni... D/O, surat, Paper, Request,semuanye lah...telefon jangan cakap, tak behenti-henti bedering, naik rimas telinga aku mendengarnya kan... Al-maklum hari ahad cuti kan...

Tapi...... Hari ni kan.. hidup aku aman je... takde pun nak terkejar-kejar.... rileks je dari pagi... telefon pun tak berape nak bedering sangat kot... apehal hah..?? aku pun jadi agak pelik... Namun aku sebenarnya agak gembira... sebab goyang kaki je... lalalalala~ oowwhhh maybe sebab hari sabtu tu, aku dah berkerja bagai nak gile! dengan tak makan, sumpah lapar sangat.. tapi dek kerana tugasan yang banyak (acewah ayat sweet jer..) tak selera, lupe aku perut yang lapar tu... 

balik pun agak lewat.. sampai rumah, buat ape-ape yang patut, mandi semua siap-siap terus menujui umah B aku... tolong dia buat kerja sikit, dah siap semua, dia pun terus siap-siap... nak menujui satu tempat... dan masa itulah berlaku nye sedikit konflik yang berterusan dan menyebabkan hilangnya seri hujung minggu aku.... Majal betol... memang majal lah kalau bab tu!!! Fade-up aku!! fuhhhhh.... punye lah majal nye, sampai aku tak makan satu hari tu... haaa boleh kau bayang kan?? Hanur, tak makan satu hari...!! tak pernah dibuatnye!! haaa bayanglah kan betapa tak sweet nye hujung minggu aku..... fiuuuuu~ ;-(

hmmmmm takpe lah, hadap je lah kan...? nak buat macam mane kalau nak jadi macam tu kan...? ok, aku dah takde idea nak cakap ape lagi dah sekarang.... aku nak sambung kerja...

opppssss lupe...

last but not least, nak cakap something lah..................



Happy our 11th month Anniversary sayang....
Thanks cause always there for me....you are part of my life....
My heartbeat Muhamad Ibnu Elham



Friday, November 11, 2011

ini ke nama nya cinta terakhir? *SAMBUNGAN*



Setelah Tasha tekad ingin meneruskan kehidupannya yang penuh kekecewaan, maka dia melangkah pergi dengan berat hati.. itu tekadnya! namun Tasha tidak terus melangkah, dia masih lagi menoleh akan masa lalunya bersama Rizal. Oleh yang demikian, Aminah yang sedang berbahagia bersama Rizal sangat sangat sangat lah terluka oleh dengan segala kenangan yang dikenang oleh Tasha. Hal ini adalah kerana Tasha sering kali mengungkit dan menceritakan kenangan-kenangan lalu bersama Rizal di satu sudut ruangan yang boleh dibaca setiap insan yang punyai mata. Apakah yang di ingini lagi oleh Tasha? mengapakah dia berbuat demikian? haruskah dikenang kenang lagi? tidakkah terfikir tentang perasaan Aminah? Ya, itu memang hak Tasha untuk berkata-kata, tapi BERHAK kah dia berkata-kata hingga menyakiti hati insan lain? Sehingga menggugat KEBAHAGIAAN insan lain? Entahlah... tidak ada jawapnya lagi...


Rizal, ingin berubah. setelah dia sedar akan kesilapan masa lalunya, melukai, meninggalkan serta mempermainkan insan-insan yang lemah, dia bertekad untuk tidak mengulangi sejarah lalu. Dia bertekad untuk setia, mencintai dan menemani Aminah. Dia tidak mahu lagi kehilangan cinta  seperti yang pernah dilalui nya dulu. Dia kini bukan seorang lelaki yang punyai ramai teman wanita disekeliling, seperti ape yang dilakukan sewaktu bersama dengan Tasha dahulu. Dia sering meluangkan waktu bersama Aminah, tidak lekang dari sisi, suka duka sentiasa bersama. Walaupun sering dilanda dugaan, tetapi mereka tetap BERBAHAGIA.


Aminah, seorang yang sangat panas baran, keras kepala, akan tetapi dia bertekad membuang segala perangai buruk yang dia rasakan hanya mendatangkan keburukkan dari kebaikkan. Setelah bertemu dengan Rizal, insan yang dia rasakan berjaya melenturnya serta memimpin nya ke arah yang lebih baik dari kehidupan sebelumnya.. Kehidupan masa lalunya yang banyak kesilapan, penuh suka duka perit kahidupan yang dilaluinya. Dia sedar akan KARMA, kesilapan masa lalu dibalas kini. Aminah dihukum, dihina, dicaci, dipandang kotor oleh insan yang tidak mengetahui.Mereka menyatakan "mengapa perempuan macam ini yang Rizal pilih?" Sebegitu sekali hinanya Aminah pada pandangan mata mereka? Apakah sangat hina Aminah? Mulia sangat kah MEREKA-MEREKA yang berkata demikian..? Mereka Hanya melihat luaran, gambaran dari CERITA-CERITA yang dibawa dari mulut insan-insan sekeliling, walhal tidak lah sebegitu rupa, kerana sesungguhnya mereka tidak mengenali! (bersabarlah wahai Aminah, kita tak mampu menutup mulut orang kan, lebihan lagi yang memang suke cerite LEBAT)


Aminah sangat pasrah, Redha, dan terima segala tohmahan dan cacian dari mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui betapa kecewa dan sakit yang ditanggung Aminah.Ada kala, dia merasa sangat kecewa, tidak tertanggung segala perasaan. Aminah sangat berharap Tasha tidak lagi terus-terusan berbuat demikian, terus-terusan MENYAKITI Aminah... Buangkan segalanya, agar TIDAK MENGERUHKAN hubungan mereka.Dimana tekad mu untuk MEMBUANG segala perasaan sayang terhadap lelaki yang pernah dicintai dulu itu?? atau hanya pandai berkata-kata? Tasha, sesungguhnya Jalan terbaik adalah kita mendoakan kebahagiaan insan yang kita cintai, kerana kita akan bahagia melihat dia berbahagia bersama cintanya.. Jadi mengapa ingin menghancurkan segala..?? Bahagiakah kau Tasha melihat mereka berantakkan kerana KAU? Atau adakah memang itu yang kau mahukan? Sekali lagi, tiada jawapan lagi.......


Namun Aminah tidak putus harapan diatas apa yang telah berlaku, di sangat tekad dan sangat Tabah menempuh segala, selagi Rizal ada disamping dan setia disisinya. Aminah meniti hari-hari nya kini bersama Rizal ingin menuju ke Gerbang kebahagiaan mereka, sambil mengukuhkah tiang imannya, mencari keredhaan ilahi..


Persis Seperti  sebaris ayat yang dinyakan oleh seorang insan yang pandai berkata-kata, "TUHAN TURUNKAN HUJAN DITENGAH HARI. SEBAB DIA NAK HADIAHKAN KITA PELANGI NAN INDAH"  Sesungguhnya Aminah sangat bersyukur kehadrat Allah S.A.W atas kurniaan nya, dikurniakan seorang lelaki pelengkap hidupnya, imam kepadanya, pemimpin kepadanya. Setelah hujan ribut badai yang telah dilalui, mungkin inilah PELANGI nya...
Semoga Rizal dan Aminah berbahagia dan berkekalan hingga keakhir hayat mereka.... 

amin.....



kepada Aminah, tabah yea hadap segala dugaan hidup kau..?? Kau ingat kan pesan Rizal kepada kau, 

"KETEPIKAN SEGALA YANG DATANG MENGGANGGU, YANG PENTING KITA.." 

Aminah, sesungguhnya kisah kau, cinta kau, hanya Kau dan Rizal saje watak utama..Kau kene pandai mainkan peranan, supaye kau tak ditenggelami Pelakon-pelakon sampingan yang tak diundang tu,tahu?? mereka kau buat tak tahu, pergi mati saje sama mereka, ok SAYANG?? aku tahu kau sangat kuat dan tabah.... ok..??



p/s : Fuhhh panjang jugak cerita kau ni yea, penat aku nak taip...

Saturday, November 5, 2011

Aku seorang insan biasa..... kesilapan sering kali aku lakukan.... kesilapan yang sering menyakitkan hati......
tapi.... salahkah aku menyatakan perasaan aku........?????? berdosakah aku bertanyakan itu......????? jika aku bersalah atas apa yang aku lakukan malam itu, maafkan aku........ tapi perjelaskan pada aku, bersalahkah aku hanya ingin mempertahankan milik aku....????? kenapa persoalkan hak.....??? tidak BERHAK ke aku.......?????? dimana tempat aku.....???? dimana HAK aku.....??????? entah lah........ aku kecewa tiada jawapan untukku............................... 


satu aku ingin nyatakan......aku lakukan semua demi cinta...........