background

Wednesday, April 27, 2011

Kenapa perempuan mudah menangis.....

Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"

Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"


Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"

"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.


"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."


P/s : Copy paste from someone note..

Friday, April 22, 2011

guys.....

a gurl wont cry easily
except infront of the person
who she love the most
she become weak

a gurl wont cry easily
only when she love u the most
she put down her ego

guys,if a gurl cries b'coz of u,
pls hold her hand firmly
she's the one who
would stay with u
for the rest of ur life

guys,if a gurl cries b'coz of u
pls dont give her up
maybe b'coz of ur decision
u ruin her life

guys,if a gurl cries rite infront of u
when she cries b'coz of u
look into her eye
can u see and feel the pain
and hurts she's feeling
think!!!
which other gurl have cried
with pure sincerity
in front of u..?
and b'coz of u..?

she cries not b'coz she weak
she cries not b'coz she want
sympathy or pity
she cries b'coz crying silently
is no longer posible
the pain,hurt and egony
have become too big
a burden to keep inside

guy..think about it
if a gurl cries her out to u
and all b'coz of u
it's time to look back
on what u have done!!
only u will know
the answer to it..
do consider it


coz one day
it might be too late to regrate
it might be too late to say "i'm sorry"....

Tuesday, April 19, 2011

Kekasihku..Meh bace nie..

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Thursday, April 14, 2011

4th month... :)

pertame sekali aku nak ucap alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi....Allah panjangkan jodoh kami... (^_^)

~14th April 2011~
dengan keadaan yang agak ketengahan bulan ni, so aku decide untuk hanya memberikan "something" yang aku rase die suke, yang berguna dan tidak membazir...dari office kelam kabut aku balik umah..kerje melambak pulak hari ni, agak kelewatan jugak lah aku balik, habis rosak plan, segale-galenye kelewatan... sorry yea B!
so ape die..?? hahahahaha i bake for my hubby.... Choclate cake..!! 
yup2... aku tau die suke, so itulah yang terbaekkkk yang aku boleh fikirkan buat mase ni... paling special punye aku buat, siap ade "extra ingredient", "secret receipe" lagi tau!! ape die..?? hahahahah teettttt!! jangan wisau ok B, bukan ape-ape bende tak elok pun yang BB letak dalam tu...jangan fikir bukan-bukan pulak ye!
hehehe..dan seperti biase ade jugak lah untuk aku..ofcoz lah Roses.. ^_^


attach with card with a words on it, what is it..?? rahsie lah..mane boley bagitahu!! ape pun, terime kasih B...!! appreciate that.. (^_^)


--> and again, happy our 4th month anniversary hubby.. May Allah bless our relation and our love, not only 4 months or 4 years, but 4 the rest of our life.. amin.. amin...

Tuesday, April 12, 2011

bile si hanur keseorangan....

(^_^) bile si hanur "keseorangan"..??? "keseorangan" bukan "single",ok..???? "keseorangan" refer kepade tinggal seorang di office lah...aiyaaaa....apa lah!! bile si hanur tu keseorangan di office...maka die punye kepale sangat-sangat lah ligat...ade saje benda yang dibuatnye...hehehehe... seronok gak tinggal sorang ni...cume agak kesunyian lah..maklumlah teman makan aku takde (acik), tukang bagi kerja kat aku takde (ewan), tukang gadoh aku pun takde (deva), lagi sorang, tukang  tugaskan aku mcm2 pun takde (yong)..hehehehe jangan marah ye bos!! haish...seronok sebab tinggal sorang, tapi yang tak seronoknye ialah....dieorang tinggalkan macam-macam tugasan..thanks guys!!! balik dari sane masing-masing tolong ingat ole-ole untuk i,ok..??? (^_^) time ni, aku lah BOS...! tapi aku jugaklah yg kene buat kerja macam-macam...aiyaaa... ;( 

well....well... ape aku nak cakap lagi nie..?? takde ape lagi kot... aku tak boleh nak tulis banyak-banyak ni, kerja masih ade lagi yang perlu disiapkan..aku tak mahu pulang bile matahari dah tak ade nanti...so nak siapkan kerja nih...lagi satu,just aku betol tak sabar nak tunggu sabtu ni...nak tengok game team favourite aku... Real B-21 akan lawan BHL... so siape lagi hebat..?? aku pun tak tahu...nantikan.....

Sunday, April 10, 2011

Sedikit tentang kerja....

Haish...kinda busy lately....sorry yea diary ku..nak tulis pun tak sempat lorh..aiyaaa... Well...well... ape yang ko bz kan sangat tu nur..?? hehehehehe....mari aku story sikit erk..??
sekarang ni aku sedang sebok sangat-sangat (errrr actually saje SEBOKKAN diri) dengan menghulurkan bantuan dari segi "prepairation" dan "follow-up" kepada Ass. Manager Of Event aku, En Izuwan Hayat a.k.a ewan ayat tu... Al-maklum lah,name pun kerja dekat FUTSAL CENTER kan, kerja aku semua pun tentang FUTSAL saja lah....tapi korang jangan pandang rendah pada tempat aku berkerja,ok...???? walaupun company aku kerje ni bukanlah GOVERNMENT sector, tapi aku rase company ni kukuh je!! Dan aku rase buat mase ni memang cukup bagus, maju, berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi semase..wahhhh ayat kau nur!! So, aku rase tak perlu lah nak risau-risau HARUS nak cari kerja  GOVERNMENT lah bagai...korang cakap senang je suruh aku pindah-pindah kerja, cari kerja lain, kononnye kerja kat futsal ni sampai bile..?? errrr insyaallah kalau ade jodoh aku dengan futsal ni, selagi aku diperlukan, maka selagi itu lah aku akan terus bekerja disini..ape pun korang cakap, aku cume ambik tahu je, tapi untuk kate "YE" pada cadangan korang, mang tidak lah buat mase ni...mase depan tu, insyaallah lah kan...?? manelah tahu mule-mule jadi coordinator, lepas ni jadi executive, lepas tu jadi assistant manager...!!! rezeki kite, kite mane tahu kan..??? lantak lah korang nak kate ape..ape yang penting, aku harus berusaha!! bukan hanya buat kerja yang biase aku buat, aku mesti cari initiative untuk menjadi yang lebih baik..! dah-dah..fullstop!
Balik pade kerja aku...menjelang pertengahan tahun ni, memang setiap minggu ade event punye..dah faham sangat dah... kadang-kadang ade 2 event sekali nak run dalam satu hari...memang tak macam ikan sardine dalam tin lah aku tengok orang-orang kat arena ni kan..!! gile pack punye orang leyh...haish tak baik mengomel hanur!!! rezki tu, tahu!! baiklah....! (^_^) by the time aku tengah tulis diary ni pun sebenarnye aku tengah berkerja ni... Hari ni ade event PERTANDINGAN FUTSAL JELAJAH SELANGOR anjuran MAJLIS PERBANDARAN KLANG leyh... banyak jugak team...tapi alhamdulillah, semua under control je... tapi ini semua event-event kecik je...prepairation atau update semue sikit-sikit je...bak kate ewan, small matter je....wahhh eksyen itu ewan ayat.. (^_^)
sekarang ni kiteorang tengah sibuk dengan salah satu Major Event kiteorang.. 

~BHL CORPORATE FUTSAL LEAGUE 2011~
Event yang di "LEAD" oleh Cik Falendra Grace a.k.a Farhana Abdullah... event ni berlangsung setiap hari Sabtu dari 12 tengahari hingga 5 petang selama 11 minggu...semalam adalah minggu yang ketiga... menyaksikan persaingan sengit 12 pasukan yang bertanding untuk merebut hadiah wang tunai  
RM 10,000.00... (Wahhh advertise sikit..) 10riban der..banyak tu....hahahaha aku pun tak sabar nak tunggu 11 minggu, nak tengok pasukan mane yang terbaekkkkk yang dapat harungi semue game-game yang sememangnye sengit kot...??setiap pasukan ade kelebihan masing-masing..tak boleh nak jangke lagi yang mane akan menang..BTW aku tetap lah ade pasukan Favorite  aku kan...dan pasukan itu semestinye REAL B-21.. 
~Real B-21~
 
dari name team pun dah boleh tau..REAL B-21 adalah team REAL SPORTS ARENA yang cume dibarisi pemain-pemain JUNIOR sahaja...semuanya bawah 21 tahun..tapi..tapi... walaupun dieorang cume BAWAH 21 tahun, mereka berjaye ok..?? tige perlawanan, tige-tige game dieorang menang.. Game pertame menang 4-1 menentang Petronas.. game ke-2 menang 7-1 menentang Northport dimane terdiri daripada semua pemain-pemain yang besar-besar dan keras-keras belake..sian aku tengok dak-dak Real B-21 ni...dieorang dah lah budak kecik, badan pun memang kecik, sekali dilanggar pemain-pemain Northport tu, mang tak terbang lah kan dak-dak kecik ni...BTW mereka tetap menang!! dan semalam dieorang tewaskan pasukan KOSMO! 15-0 ok..?? terbaekkk korang..!! creadit to manager Kevin & Coach Yong...
KOSMO selaku media rasmi, akan meng-update jadual dan keputusan perlawanan setiap minggu...so kat paper KOSMO! tengok bahagian sukan, mesti ade update punye lah!! aku pun tak miss lah beli paper punye...
Dan dijangke lepas abis jer Corporate league nie, Social League pulak yang akan mula...jugak Major  event kami..Tahun ni tak tahu lah macam mane..adakah 7'D Salsa tetap ingin merebut takhta yang telah dirampas oleh Pasukan Meor Bistro,dan adakah Meor Bistro berjaya mengekalkan kejuaraan mereka tahun lepas..?? aku pun tak tahu lah...nanti lah kite tunggu.... (^_^)

~SOCIAL LEAGUE~

dan yang paling mendebarkan sekarang ialah menunggu keputusan same ade kiteorang dapat atau tak salah satu projek besar ni...kalau rezki berpihak pada kami, syukur alhamdulillah lah sangat-sangat...sememangnye tak mudah lah kan nak dapatkannye, banyak kot saingan, event group semua memang rebut kot event ni... tapi tak tahu jugak lah keputusan nye...kite tunggu je yea..???
  
~RENTAP FUTSAL PUTRAJAYA 2011~
Insyallah, dengan usaha, pasti kite dapat projek ni... amin..amin..