Setelah Tasha tekad ingin meneruskan kehidupannya yang penuh kekecewaan, maka dia melangkah pergi dengan berat hati.. itu tekadnya! namun Tasha tidak terus melangkah, dia masih lagi menoleh akan masa lalunya bersama Rizal. Oleh yang demikian, Aminah yang sedang berbahagia bersama Rizal sangat sangat sangat lah terluka oleh dengan segala kenangan yang dikenang oleh Tasha. Hal ini adalah kerana Tasha sering kali mengungkit dan menceritakan kenangan-kenangan lalu bersama Rizal di satu sudut ruangan yang boleh dibaca setiap insan yang punyai mata. Apakah yang di ingini lagi oleh Tasha? mengapakah dia berbuat demikian? haruskah dikenang kenang lagi? tidakkah terfikir tentang perasaan Aminah? Ya, itu memang hak Tasha untuk berkata-kata, tapi BERHAK kah dia berkata-kata hingga menyakiti hati insan lain? Sehingga menggugat KEBAHAGIAAN insan lain? Entahlah... tidak ada jawapnya lagi...
Rizal, ingin berubah. setelah dia sedar akan kesilapan masa lalunya, melukai, meninggalkan serta mempermainkan insan-insan yang lemah, dia bertekad untuk tidak mengulangi sejarah lalu. Dia bertekad untuk setia, mencintai dan menemani Aminah. Dia tidak mahu lagi kehilangan cinta seperti yang pernah dilalui nya dulu. Dia kini bukan seorang lelaki yang punyai ramai teman wanita disekeliling, seperti ape yang dilakukan sewaktu bersama dengan Tasha dahulu. Dia sering meluangkan waktu bersama Aminah, tidak lekang dari sisi, suka duka sentiasa bersama. Walaupun sering dilanda dugaan, tetapi mereka tetap BERBAHAGIA.
Aminah, seorang yang sangat panas baran, keras kepala, akan tetapi dia bertekad membuang segala perangai buruk yang dia rasakan hanya mendatangkan keburukkan dari kebaikkan. Setelah bertemu dengan Rizal, insan yang dia rasakan berjaya melenturnya serta memimpin nya ke arah yang lebih baik dari kehidupan sebelumnya.. Kehidupan masa lalunya yang banyak kesilapan, penuh suka duka perit kahidupan yang dilaluinya. Dia sedar akan KARMA, kesilapan masa lalu dibalas kini. Aminah dihukum, dihina, dicaci, dipandang kotor oleh insan yang tidak mengetahui.Mereka menyatakan "mengapa perempuan macam ini yang Rizal pilih?" Sebegitu sekali hinanya Aminah pada pandangan mata mereka? Apakah sangat hina Aminah? Mulia sangat kah MEREKA-MEREKA yang berkata demikian..? Mereka Hanya melihat luaran, gambaran dari CERITA-CERITA yang dibawa dari mulut insan-insan sekeliling, walhal tidak lah sebegitu rupa, kerana sesungguhnya mereka tidak mengenali! (bersabarlah wahai Aminah, kita tak mampu menutup mulut orang kan, lebihan lagi yang memang suke cerite LEBAT)
Aminah sangat pasrah, Redha, dan terima segala tohmahan dan cacian dari mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui betapa kecewa dan sakit yang ditanggung Aminah.Ada kala, dia merasa sangat kecewa, tidak tertanggung segala perasaan. Aminah sangat berharap Tasha tidak lagi terus-terusan berbuat demikian, terus-terusan MENYAKITI Aminah... Buangkan segalanya, agar TIDAK MENGERUHKAN hubungan mereka.Dimana tekad mu untuk MEMBUANG segala perasaan sayang terhadap lelaki yang pernah dicintai dulu itu?? atau hanya pandai berkata-kata? Tasha, sesungguhnya Jalan terbaik adalah kita mendoakan kebahagiaan insan yang kita cintai, kerana kita akan bahagia melihat dia berbahagia bersama cintanya.. Jadi mengapa ingin menghancurkan segala..?? Bahagiakah kau Tasha melihat mereka berantakkan kerana KAU? Atau adakah memang itu yang kau mahukan? Sekali lagi, tiada jawapan lagi.......
Namun Aminah tidak putus harapan diatas apa yang telah berlaku, di sangat tekad dan sangat Tabah menempuh segala, selagi Rizal ada disamping dan setia disisinya. Aminah meniti hari-hari nya kini bersama Rizal ingin menuju ke Gerbang kebahagiaan mereka, sambil mengukuhkah tiang imannya, mencari keredhaan ilahi..
Persis Seperti sebaris ayat yang dinyakan oleh seorang insan yang pandai berkata-kata, "TUHAN TURUNKAN HUJAN DITENGAH HARI. SEBAB DIA NAK HADIAHKAN KITA PELANGI NAN INDAH" Sesungguhnya Aminah sangat bersyukur kehadrat Allah S.A.W atas kurniaan nya, dikurniakan seorang lelaki pelengkap hidupnya, imam kepadanya, pemimpin kepadanya. Setelah hujan ribut badai yang telah dilalui, mungkin inilah PELANGI nya...
Semoga Rizal dan Aminah berbahagia dan berkekalan hingga keakhir hayat mereka....♥
amin.....
kepada Aminah, tabah yea hadap segala dugaan hidup kau..?? Kau ingat kan pesan Rizal kepada kau,
"KETEPIKAN SEGALA YANG DATANG MENGGANGGU, YANG PENTING KITA.."
Aminah, sesungguhnya kisah kau, cinta kau, hanya Kau dan Rizal saje watak utama..Kau kene pandai mainkan peranan, supaye kau tak ditenggelami Pelakon-pelakon sampingan yang tak diundang tu,tahu?? mereka kau buat tak tahu, pergi mati saje sama mereka, ok SAYANG?? aku tahu kau sangat kuat dan tabah.... ok..??
p/s : Fuhhh panjang jugak cerita kau ni yea, penat aku nak taip...
No comments:
Post a Comment