background

Monday, July 9, 2012

Litar Batu 3

Pernah korang dengar Litar Batu 3, Shah Alam ni..? pernah..? kalau korang yang muda2 ni mesti xpernah dengar kan..? eh, aku pun bukan tua mana, tapi aku tahu tentang tempat ni.. sebab nye dulu family aku lah orang pertama yang meniaga kat kantin sana... waktu tu umur aku dalam 5 tahun kot.. ok, aku pun xdapat bayangkan sangat tempat nye, sebab dah lama sangat dah tinggalkan.. meh share sikit pasal Litar Batu Tiga ni.. article ni pun aku jumpe, so aku just copy paste je..

"Litar Batu Tiga Shah Alam, juga dikenali sebagai Litar Batu Tiga Jalan Kelang, Litar Batu Tiga ataupun Litar Shah Alam, merupakan bekas litar perlumbaan bermotor di Malaysia. Litar ini terletak di ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam, iaitu antara Stadium Shah Alam dengan Lebuhraya Persekutuan.
Ia mula dibuka pada tahun 1968 dengan Grand Prix pertama iaitu Siri Tasman yang dimenangi oleh pelumba Indonesia Hengkie Iriawan yang menaiki kereta Ford. Litar Batu Tiga Shah Alam kekal menjadi hos kejohanan Grand Prix Malaysia dari tahun 1968 sehingga 1982, manakala acara yang sering dilangsungkan di litar ini termasuklah Formula Atlantik, Formula Pasifik dan Formula 2. Perlumbaan Grand Prix Malaysia terakhir yang diadakan di Shah Alam adalah Formula Holden pada tahun 1995.
Litar ini pernah ditutup sementara pada tahun 1977 berikutan satu kemalangan yang meragut nyawa enam kanak-kanak, tetapi kemudian ia dibuka selepas penambahbaikan pada pagar dan rel pengadang.
Pada tahun 1985, litar ini diperbaharui dengan penambahan jarak litar daripada 3.38 km kepada 3.693 km manakala penambahan selekoh pada selekoh 11 turut diadakan. Pada tahun yang sama, perlumbaan antarabangsa pertama iaitu Kejohanan Kereta Sport Sedunia telah dimenangi oleh Jacky Ickx yang menaiki Porsche 962C.
Perlumbaan Superbike Sedunia telah diadakan pada tahun 1990 dan 1991 di litar ini. Pada tahun 1991 sehingga 1997 ia menjadi hos kejohanan Grand Prix motosikal Malaysia. Dengan kejuaraan empat kali berturut-turut di litar ini sehingga tahun 1997 Mick Doohan menjadi penunggang paling berjaya bagi kelas 500cc di Litar Batu Tiga. Kemudian acara Grand Prix motosikal Malaysia berpindah ke Litar Pasir Gudang dan kemudiannya ke Litar Antarabangsa Sepang.
Litar tersebut telah ditutup berikutan pembukaan Litar Antarabangsa Sepang. Pada tahun 2003 kerajaan negeri Selangor pimpinan Khir Toyo telah menjual tapak Litar Batu Tiga kepada pemaju perumahan; seterusnya, litar tersebut dirobohkan dan dibangunkan semula dengan projek perumahan D'Kayangan."

yup! tempat tu telah pun dirobohkan, sekarang menjadi kawasan perumahan.. tapi aku yang paling ingat, Litar ni terletak berhadapan dengan Pasar karat @ bootsale yang kat Shah Alam tu..jalan nak masuk tu sebelah dengan yang dulunye Carrefour sekarang ni jadi Tesco atau Giant kalau tak salah.. tau..? tau..? tak tahu jugak, xtahu lah aku nak bagi tahu macam mane lagi...

banyak kenangan kat sana... masa ade Race Grand Prix je, nah kau orang punye lah ramai, 3 hari race, 3 hari lah kami xtidur.. memang seronok sangat2 meniaga waktu tu.. sebab sambutan yang tersangat2 lah meriah.. tak macam sekarang kat Litar Sepang, semua pun berbayar, lepas tu mahal2 pulak tu.. bagi kita2 yang tak mampu ni, alamat nye tengok kt TV saje lah...

Kat sana jugak tempat aku belajar main Go-kart.. time tu umur aku dah 6 tahun kot.. what? umur 6 tahun dah main Go-kart..? hahaha yup.. tapi aku perlukan 2 kusyen untuk menyampaikan kaki aku pada pedal minyak dan brek nye.. maklumlah aku kan "Bonzai" ;) huhuhu semua kenangan dan pengalaman belaka... kan best kalau sampai sekarang aku dapat main Go-kart.. lagi best kalau tercapai impian aku, nak menjadi Pelumba Wanita di Malaysia ni... tapi, itu semua hanya impian................. :)




p/s : impian aku sekarang dah lain dah..nak jadi yang halal untuk dia.. jadi teman nya sampai ke akhir hayat kelak mudah-mudahan, amin....♥

No comments:

Post a Comment