background

Wednesday, March 30, 2011

Renungilah.....


jika kamu memancing ikan       
setelah ikan itu terlekat di mata kail
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu
jgn sesekali kamu melepaskannya semula
ke dalam air begitu sahaja
kerana ia akan sakit kerana bisanya
ketajaman mata kail
dan mungkin ia akan menderita                       
selagi ia masih hidup..
-begitu jugalah setelah kamu
memberi banyak harapan
kepada seseorang
setelah ia mula menyayangi mu
hendaklah kamu menjaga hatinya
janganlah sesekali kamu terus
meninggalkannya begitu sahaja
kerana dia akan terluka
oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tak akan dapat melupakannya
selagi dia masih mengingatimu...
jika kamu menadah air biarlah berpada
jgn terlalu m'harap pada takungan
dan jgnlah m'harap ia terlalu teguh
cukup sekadar keperluanmu
apabila ia retak tentu sukar untuk
kamu menampalkannya semula
akhirnya dibuang
sedangkan jika kamu cuba membaikinya semula
mungkin ia masih boleh digunakan lagi
-begitu juga jika kamu memiliki seseorang
terimalah seadanya..
jgn kamu terlalu mengaguminya
dan jgnlah kamu m'anggapnya terlalu istimewa
anggaplah dia manusia biasa
apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bg kamu menerimanya
akhirnya kamu kecewa,meninggalkannya
sedangkan jika kamu memaafkannya
boleh jadi hubungan kamu berterusan
hingga ke akhirnya

jika kamu memiliki sepinggan nasi           
yang kamu pasti,baik untuk dirimu
mengenyangkan,berkhasiat
mengapa kamu berlengah
cuba mencari makanan yang lain
terlalu ingin mengejar kelazatan
kelak, nasi itu akan basi
dan kamu tidak boleh memakannya
kamu akan menyesal...
-Begitu juga jika kamu telah bertemu
dengan seorang insan yang kamu pasti
membawa kebaikkan kepada dirimu
menyayangimu..mengasihimu..mencintaimu..
mengapa kamu berlengah
cuba membandingkannya dengan orang lain
terlalu mengejar kesempurnaan
apabila dia menjadi milik orang lain
kamu juga yang akan menyesal...


kenangan itu kadang kala amat pahit untuk diredah tetapi
amat manis untuk dikenang
hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup
dalam kenangan...
cintailah apa yang dimiliki walaupun tidak memiliki apa yang dicintai..
andai hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan
lebih baik cinta itu tak pernah hadir..
kecewa cinta bukan bermakna dunia sudah berakhir...
masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan..
hidup ini indah jika kita tahu menghargainya...
tetapi amat menyakitkan andai kita laluinya sambil lewa.........

No comments:

Post a Comment